Tuesday 17 June 2014

Negara Berdaulat

Bab 1 (Semeter1)

1.1 - Konsep Negara

  1. Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah kawasan yang mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
  2. Secara umumnya, ciri-ciri sebuah negara ialah:
    • Sempadan atau wilayah yang tetap, jelas dan diiktiraf
    • penduduk yang tetap
    • kerajaan yang sah dan teratur sistem pentadbirannya
    • kedaulatan, iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal-ehwal dalam negara serta mempunyai kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara lain.
1.2 - Sistem Kerajaan

- Definisi Kerajaan
  1. Ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara
  2. Tiga komponen utama dalam kerajaan dan fungsinya :
- Sistem Kerajaan

  1. Kerajaan Kesatuan
    • Gabungan beberapa buah negeri dengan pemusatan kuasa oleh Kerajaan Pusat.
    • Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang telah dilulusankan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan daripada Kerajaan Pusat. Maka, Kerajaan Pusat lebih berkuasa berbanding dengan kerajaan negeri dan tempatan.
    • Contoh-contoh kerajaan kesatuan ialah Britian, Belgium, Itali, Denmark, Sweden, New Zealand, Norway, Perancis, Korea Selatan, Jepun, dan Kesatuan Soviet yang telah runtuh.
  2. Kerajaan Konfederasi
      • Kuasa kerajaan terletak dalam tangan kerajaan-kerajaan negeri.
      • Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang terhad untuk mengawal pentadbiran
      • Kerajaan Konfederasi tidak kuasa yang mencukupi untuk dianggap sebagai kerajaan yang stabil kerana kerajaan ini diwujudkan melalui perjanjian yang longgar
      • Kerajaan Konfederasi tikdak lagi wujud pada hari ini.
      • Contoh-contoh kerajaan Konfederasi ialah Konfederasi Jerman Utara 1867-1871 dan Perlembagaan Empayar Jerman 1871-1918.
  3. Kerajaan Persekutuan
      • Kerajaan Persekutuan ialah gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri atauKerajaan Tempatan:
      • Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangannya sendiri dalam perkara-perkara tertentu.
      • Kerajaan Pusat lazimnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal-hal dalam negeri seperti agama, tanah, perhutanan dan perkara-perkara yang tidak memerlukan keseragaman
      • Contoh-contoh Kerajaan Persekutuan ialah Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India, Malaysia dan Kanada.
1.3 - Bentuk Negara
      1. Bentuk negara ditakrifkan sebagai pentadbiran dan perundangan di sesebuah negara
      2. Terdapat beberapa bentuk negara. Antaranya:
- Kerajaan Monarki
      1. Raja/Sultan atau Ratu menjadi pemerintah dan berkuasa sepenuhnya.
      2. Jawatan ini dipegang seumur hidup dan warisan takhta berdasarkan keturunan
      3. Pentadbiran dijalankan oleh Raja atau Ratu dan lazimnya ahli keluarga atau kaum kerabat memonopoli kuasa eksekutif.
      4. Contoh-contoh Kerajaan Monarki ialah Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Brunei Darussalam.
- Kerajaan Republik
      1. Ketuanya ialah Presiden yang lazimnya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
      2. Kerajaan Republik tidak mempunyai raja dan Presiden bertindak sebagai ketua eksekutif.
      3. Contoh-contoh Kerajaan Republik ialah Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, India, Perancis, Portugal, dan Singapura.
- Kerajaan Demokrasi
      1. Kerajaan Demokrasi dibentuk berasaskan konsep " Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat ".
      2. Antara ciri Kerajaan Demokrasi ialah
        • Rakyat mempunyai hak-hak asasi, persamaan, dan kebebasan.
        • Pilihan raya diadakan dari masa ke semasa.
        • Warganegara yang berusia 21 tahun ke atas berhak mengundi serta berhak bertanding dalam pilihan raya.
        • Proses pengundian dijalankan secara sulit dan kemenangan majoriti sesebuah parti politik akan membolehkan parti politik tersebut memerintah
        • rakyat memilih wakil-wakil dalam badan perundangan
      3. Kerajaan Demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
      4. Kerajaan Demokrasi terdiri daripada Demokrasi Berparlimen dan Demokrasi Berparlimen.
      5. Kerajaan Demokrasi Berparlimen mempunyai Raja/Presiden sebagai ketua negara yang mempunyai kuasa simbolik.
      6. Contoh Kerajaan Demokrasi Berparlimen ialah Malaysia, Thailand, Singapura, Jepun, dan India
      7. Kerajaan Demokrasi Berpresiden pula mempunyai Presiden yang merupakan ketuaeksekutif negara.
      8. Contoh Kerajaan Demokrasi Berpresiden ialah Amerika Syarikat dan Filipina.
- Kerajaan Autokrasi
      1. Diterajui oleh individu atau golongan tertentu yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
      2. Kebebasan awam terhad dan rakyat dipaksa mematuhi kerajaan.
1.4 - Pengasingan Kuasa
      1. Doktrin pengasingan kuasa ini diperkenalkan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis menerusi bukunya yang berjadual The Spirit of Laws
      2. Pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga badan, iaitu:
        • Badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
        • Badan eksekutif seperti Kabinet dan Kementeriannya
        • Badan Kehakiman seperti Mahkamah-Mahkamah
      3. Tujuannya adalah untuk
        • Mengelakkan tumpuan Kuasa yang tidak terhad oleh mana-mana badan di atas
        • Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
        • Menjamin pentadbiran yang lebih cekap
        • Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang
- Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia


      " X " diwakil oleh kuasa relatif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan Sultan atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri

Friday 10 January 2014

Wednesday 3 July 2013

DASAR LUAR MALAYSIA : PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


PBB telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi pada tahun 1946 berpindah ke New York. Pada awal penubuhannya, PBB dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002 keanggotaanya meningkat kepada 189 buah negara. Malaysia telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957, setelah negara kita mencapai kemerdekaan.

Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB, iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Terdapat empat matlamat Piagam PBB. Pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Kedua, menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota. Ketiga, berkerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Keempat, menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.

Piagam PBB

KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM
  • untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan
  • untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan
  • untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan
  • untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas,
DAN UNTUK TUJUAN INI
  • akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
  • akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
  • akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
  • akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,
MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGGABUNGKAN USAHA KAMI SUPAYA DAPAT MENCAPAI MATLAMAT INI

 

Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire). Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengamanan PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mncapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengamanan ke Bosnia.

Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika Selatan. Negara kita juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara.

Dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Matlamat penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk membantu negara-negara ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara-negara tersebut. Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.

Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun 1987 dan Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut. Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Algricultur Organization (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. wakl Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :
  1. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
  2. Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
  3. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
  4. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
  5. Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
  6. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
  7. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
  8. Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
  9. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
  10. Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
  11. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
  12. Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
  13. Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
Agensi-agensi sementara termasuk:
  1. Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
  2. Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian) (UNHCR)
  3. Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)
#Maklumat tambahan: (jawapan untuk soalan uji minda kuliah 27 Jun 2013)
 Soalan: Siapakah president terkini IMF?
Jawapan:
 Interational Monetary Fund (IMF)
 The current management team
Christine Lagarde
Managing Director, Christine Lagarde, a French national, joined the IMF as Managing Director in July 2011. Before coming to the IMF, she was France's Minister for Economy, Finance and Industry.

Lagu untuk UNICEF - "One Love To The World" by Irfan

Wednesday 15 May 2013

Pembentangan VIVA PBS Pengajian Am

Penggal 2 Tahun 2013
Tarikh: 23 April hingga 26 April 2013
Tempat: Makmal Komputer A, SSN SMK Seri Kota.

Sunday 24 March 2013

Kelas Tambahan Cuti Sekolah

Tarikh: 25 mac dan 26 Mac 2013 (Isnin dan Selasa)
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat: Makmal Komputer Sekolah.
Pelajar: Kelas 6AA, 6AB, dan 6AC