Sunday 22 April 2012

Istilah-istilah Mahkamah

1. Afidavit - Satu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan menandatangani kenyataan tersebut, C,orang itu mesti berupaya membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah.
2. Alibi - Orang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku.
3. Bigami - Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama masih sah.
4. Certiorari – Memohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah.
5. Condictio - Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain (kes civil).
6. Contempt of court - Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah.
7. Culpa lata - Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga dianggap sengaja.
8. Defamation - Kesalahan yg melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu terhadap seseorang (fitnah).
9. Ex parte - Satu permohonan oleh plaintif (orang yang menuntut) kepada mahkamah bagi mendengar kes tetapi tanpa kehadiran pihak defendan.
10. Functus officio - Mahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar hukuman dan membuka kesitu semula di mahkamah yang sama.
11. Habeas corpus – Arahan mahkamah supaya seseorang dahun tahanan dilepaskan supaya orang itu datang sendiri untuk mendengar dan membela dirinya dalam sesuatu kes di mahkamah.
12. Injunksi - Perintah mahkamah terhadap seseorang supaya melakukan atau berhenti melakukan sesuatu sama ada untuk jangka masa sementara atau tetap.
13. Mandamus - Perintah Mahkamah Tinggi menyuruh seseorang atau agensi menjalankan togas untuk orang swam.
14. Mandatori - Satu hukuman yang sepatutnya dilaksanakan dan tidak boleh diringankan.
15. Mitigasi - Permohonan untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan.
16. Kesalahan pejuri - Membuat sumpah (angkat sumpah) yang palsu.
17. Prima facie - Kes yang dapat diteruskan dalam mahkamah kerana mempunyai bukti-bukti yang kuat.
18. Power of attorney - Saluran rasmi yang membolehkan seseorang mendapat hak untuk mewakili dan bertindak untuk seseorang.
19. Percedent - Keputusan mahkamah mengikut fakta dalam kes-kes yang sama dan lama yang sudah pernah dibuat oleh mahkamah-mahkamah sebelunuiya (duluan).
20. Sapina (subpoena) - Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah atau sesuatu tempat pads satu masa kerana sesuatu perkara yang ada kaftan dengan perbicaraan.
21. Sine die - Menghentikan dan menangguhkan kes tanpa menetapkan tarikh untuk menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta yang boleti menyabitkannya.
22. Status quo - Kembali kepada keadaan atau kedudukan asal.
23. Stay of execution – Ditanggulikan atau digantung sesuatu hukuman mahkamah.
24. Ultra vires - Satu tindakan yang melampaui batas atau di luar kuasa undang-undang.
25. Writ - Satu dokumen/surat perintah yang dikeluarkan atas nama Yang di-Pertuan Agong.