1.
Afidavit - Satu kenyataan bertulis atas nama seorang
yang bersumpah dan menandatangani kenyataan tersebut, C,orang itu mesti
berupaya membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah.
2.
Alibi - Orang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku.
3.
Bigami - Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama masih sah.
4.
Certiorari – Memohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah.
5.
Condictio - Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain (kes civil).
6.
Contempt of court - Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah.
7.
Culpa lata - Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga dianggap sengaja.
8.
Defamation - Kesalahan yg melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu terhadap seseorang (fitnah).
9.
Ex parte - Satu permohonan oleh plaintif (orang yang menuntut) kepada mahkamah bagi mendengar kes tetapi tanpa kehadiran pihak defendan.
10.
Functus officio - Mahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar hukuman dan membuka kesitu semula di mahkamah yang sama.
11.
Habeas corpus – Arahan mahkamah supaya seseorang
dahun tahanan dilepaskan supaya orang itu datang sendiri untuk mendengar
dan membela dirinya dalam sesuatu kes di mahkamah.
12.
Injunksi - Perintah mahkamah terhadap seseorang
supaya melakukan atau berhenti melakukan sesuatu sama ada untuk jangka
masa sementara atau tetap.
13.
Mandamus - Perintah Mahkamah Tinggi menyuruh seseorang atau agensi menjalankan togas untuk orang swam.
14.
Mandatori - Satu hukuman yang sepatutnya dilaksanakan dan tidak boleh diringankan.
15.
Mitigasi - Permohonan untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan.
16.
Kesalahan pejuri - Membuat sumpah (angkat sumpah) yang palsu.
17.
Prima facie - Kes yang dapat diteruskan dalam mahkamah kerana mempunyai bukti-bukti yang kuat.
18.
Power of attorney - Saluran rasmi yang membolehkan seseorang mendapat hak untuk mewakili dan bertindak untuk seseorang.
19.
Percedent - Keputusan mahkamah mengikut fakta dalam
kes-kes yang sama dan lama yang sudah pernah dibuat oleh
mahkamah-mahkamah sebelunuiya (duluan).
20.
Sapina (subpoena) - Arahan kepada seseorang untuk
hadir di mahkamah atau sesuatu tempat pads satu masa kerana sesuatu
perkara yang ada kaftan dengan perbicaraan.
21.
Sine die - Menghentikan dan menangguhkan kes tanpa
menetapkan tarikh untuk menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta
yang boleti menyabitkannya.
22.
Status quo - Kembali kepada keadaan atau kedudukan asal.
23.
Stay of execution – Ditanggulikan atau digantung sesuatu hukuman mahkamah.
24.
Ultra vires - Satu tindakan yang melampaui batas atau di luar kuasa undang-undang.
25.
Writ - Satu dokumen/surat perintah yang dikeluarkan atas nama Yang di-Pertuan Agong.